nuffnang ads

16 March 2011

anTAra amALan daN Fakta saINs kESihataN...

assalamualaikum...

semalam patutnya aku post entry nie...
tapi kemalasan yg amat x membenarkan aku berbuat demikian..
semalam de sorang kawan lama aku contact, katanya nk meluahkan perasaan...
hehe...

gni cte nyer...
dy telah bergelar sebagai ibu pada 14/3/2011 iaitu pada ari isnin yg lepas...
pastu x tau nk makan masa berpantang cam mane...
mula lah tanya pasal makanan mcm telur, sayur, ayam dan sebagainya semasa pantang...
dy tnye sbb mak mertua dy tu x berapa pasti tentang amalan semasa berpantang...
almaklumlah cucu sulung katakan...
disamping tu nk selit sikit ucapan tahniah wat nur aidatul syakirin kerana telah menjadi ibu..

wink~~
(aku bila lagi..??? sambil berfikir..hehe)

sebagai seorang kawan dan bakal jururawat aku rasa bertanggungjawab berkongsi ilmu tentang pe yg aku dah wat research nie ngen korang...
hehe...


kemudian pagi tadi, mase kat dalam labour room tu aku pown cari la pemplet yg berkaitan dengan makanan yg boleh dimakan semasa dalam pantang + tnye dgn org yg lebih pengalaman + pe yg aku belajar...

tercipta lah....
senaraikan kepercayaan dan amalan yg tidak bagus untuk diikuti oleh ibu yg sedang berpantang...

amalan: tidak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana dipercayai boleh menyebab kan badan ibu berpantang sejuk seperti kangkung, bayam, labu, sawi dan lain-lain.
fakta: sebenarnya sayur-sayuran dan buah-buahan memberi sumber vitamin dan mineral selain ia membantu mengurangkan ibu mendapat sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

amalan: minum air dalam kuantiti yg banyak akan menyebabkan perut ibu menjadi buncit.
fakta: sebenarnya amalan meminum air yg cukup adalah bagus selain membantu ibu dari mendapat sembelit dan membantu juga dalam pengeluaran susu ibu.

amalan: makanan laut boleh mengakibatkan gatal dan berbisa. sebagai contoh udang, kerang dan lain-lain.
fakta: sebenarnya jika ibu tidak alergi/alahan pada makanan laut, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein.

amalan: makan telur boleh menyebabkan luka bernanah.
fakta: sebenarnya nanah akan terhasil jika ada jangkitan kuman pada luka seseorang. pengambilan telur adalah sumber protein yg bermanafaat dan ia baik untuk pemulihan luka dalaman.

amalan: makan makanan seperti mee atau laksa boleh menyebabkan sakit urat.
fakta: makanan seperti mee atau laksa adalah makanan yg boleh menggantikan sumber karbohidrat seperti nasi.

amalan yg TIDAK DIGALAKKAN selepas bersalin....
  • BERSALAI tidak digalakkan kerana berkemungkinan boleh menyebabkan kekeringan air dalam badan
  • ELAK BERTUNGKU dan mengurut di bahagian perut dan dibahagian faraj yg mempunyai luka jahitan
  • mengambil jamu atau ubat ubatan yg tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
tq kerana membaca...=)

p/s: nk letak pic bby,tp x dpt...='(

No comments:

Post a Comment