nuffnang ads

28 February 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum...


dah dua malam aku emo...
malam nie aku nak berbicara...
sambil tangan aku menaip bagi meluahkan perasaan ku ini...
cewaahhh...



hero aku, teman lelaki aku, sahabat aku, bank sejati aku, cinta hati aku...
hanya dia buat aku...



malam nie, aku tetiba rasa nak berkongsi sesuatu dengan pembaca....
pernah atau tidak, korang ucap Terima Kasih dalam sehari...
sebagai contoh yang mudah, ko beli barang, lepas tu ko bayar harga barang tersebut dan si cashier tu pulangkan baki duit....
pernah ke korang bagi ucapan paling ringkas dan pendek tu, TERIMA KASIH...
jawapan ada pada korang sendiri....


mukaddimah amatlah panjang, padahal aku nak kongsi je, yang ucapan TERIMA KASIH walaupown ringkas dan biasa, tapi ia menyimpan sejuta maksud...
sebagai contoh lagi, korang duduk dengan mak...
tiap kali mak panggil makan ke...
mak bangunkan solat subuh ke...
mak tolong buat air time balik keje...??
pernah ke terlintas di hati korang nak ucap TERIMA KASIH..??
tanya dalam diri....



dunia aku, hidup mati aku, jantung aku, teman wanita aku, cikgu aku...
dia lah segalanya....
' carilah mak lagi 10 orang, tapi tak akan sama dgn mak' - aku akan ingat sampai aku MATI...



hargailah orang yang ada di sekitar korang....
tolong la...
tidak selama nyer orang yang berada di sebelah korang tu akan tetap berada di situ selama nya...
tidak akan...
sebab satu hari nanti ALLAH akan 'ambil kembali' orang itu ke tempat Nya semula...
pada saat tu, janganlah korang menyesal lagi, kerana semua dah tak berguna...



Terima kasih kerana membaca luahan aku ini....


p/s: menulis entry sambil menangis adalah kegemaranku...aku terlalu merindui keluarga..terlalu rindu pada mereka...saat aku melihat pesakit yang aku jaga saban hari, aku teringat mak dan ayah di kampung...apakah daya aku ada untuk membalas jasa mereka...Ya ALLAH, berilah nikmat kesihatan pada kedua mereka, mak dan ayah...zaimah harun dan musa ismail..amin

No comments:

Post a Comment