nuffnang ads

30 October 2011

kejap lagi kena tukar nie...

assalamualaikum....

kejap saje lagi...

benda nie kena tukar yang lain...
hehehe....



adios....
=)

29 October 2011

dapat hadiah paling awal...

assalamualaikum....

tak sabar rasanya hati ini ingin menunggu jam berdetik 12 tgh mlm....


sebab...


sebab...


aku akan menyambut hari lahir yang ke - 21...


wow....
muda lagi rupanya aku nie kn...
hehehehe...


pada 28hb 10 tahun 2011....
saya telah keluar dating bersama en. k dan kakak saya...
hehehe...
lepas tu, saya dapat hadiah bufday lebih awal...
tak pernah terbayang tuk dapat hadiah yg sangat comel...
dari tuan yg comel juga...
wahaha...





mula-mula aku diajak tuk pegi tgk cerita hantu...
alaaa...cite paranormal 3...
cerita yg sangat la mendebarkan...
=(


lepas tu kn...


en. k buat suprise pula...
saya dapat hadiah 2 hari lebih awal dari tarikh bufday saya...
tgk la en teddy yg sama besar dgn saya...
hehheehe....

sangat seronok (penuh la katil nnty jawab nyer)....
tp tak pe...
ada teman...
hahaha...
=P



nie la en teddy....
wat pelok tiap2 malam...=P



nie la en. k yang sangat sweet tu...
=)



tersenyum lagi...
terima kasih awak....

adios...

27 October 2011

andainya...

~Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

~Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

~Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

~Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

~Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

~Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

rasa cinta...

kalau ada rasa pasti ada cinta....






adios...

25 October 2011

dah nak dekat.....

assalamaulaikum....

entry di post di rumah....
yay....
akhirnya walaupown dalam study week....
pengarah bagi kami semua pulang....
merayai hari depavali....
omjjjj......


kalu boleh nak yang nie....
comel cam usia saya...=P


lagi beberapa hari 30 oktober 2011...

ari lahir saya yg ke 21....
sila ngis ramai2....
sy ada wish tau...
nk nie...




dah mcm kek kawin pula...


kek nie pown boleh tahan...


budak kecik leh la kn kek lagu nie...
hehehe...


adios...


22 October 2011

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!



6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

[link]

21 October 2011

mencuba baju tuk farewell nanti...=P


assalamualaikum.....

rajin la pulak aku ber blogging sejak dua menjak nie kn....
hehehe..=)


hari nie, 21 oct 2011 bersamaan hari jumaat....
patutnya pada hari nie adalah hari cuti sedunia...
bagi student JMP P.M..
terutama budak-budak sem 5 nie...


tapi kn....
oleh kerana exam final kita dah nak dekat...
kiteorang kena wat kelas tuk subjek komuniti...
korang tau ke komuniti 2 kebende nyer..??

cari dalam kamus la....
malas nak membebel....
hahaha...


oleh kerana ada kelas pada pagi nyer....
kami hanya dapat keluar sekejap tuk cuci mata...
cuci kaki....
dan telinga kami nie....
dapat la pegi usha2 baju tuk farewell kami nnty...
dekat k.b mall je pown....
hehehe...
tempat biasa...=P




mari kita telek pic2 yang ada kat bawah...
selamat mencuci mata yer....
blogger2 sekalian...
=)



bejet comel kn...
tp mmg agak comel la...=P


bersama 2 org kakak yg suka meronggeng....
=)


test baju....



cuba warna lain pula....^_^



tgn penuh dgn bekas cool blog....
huhu...



maaf, mulut terseksi pula....
hehehe....



selamat malam....

adios....

19 October 2011

mari menderma dara...eh, darah la...

assalamualaikum....

tetap hendak bercerita walaupown luka dah jadi parut....
kalu kuih, tentu dah hilang bentuk....
menjadi fesus..

hari tu aku dan kawan2 tgk iklan derma darah yg wat kat kolej....
so dengan semangat yang berkobar2...
pergi la derma....

kali ke dua kot ekin derma darah...
=)


jom tengok ckit picture...


bukti....
hehehe....
baju pink cenderahati pown nak pink kn....


tgn ku....



dapat sijil...=)


awek stuggle menderma darah...

walaupown takut ngen jarum...
noraini menderma juga....
hehehe...



tido kul 12 time nie....
esok nyer keje shif pagi kat SCN...
mmg giler sakit sbb tangan yg kena cucuk tu me'lebam'....
hehehe...


time pgg baby nak tolong susukan guna susu formula, TUHAN je tau cam mne sait nyer...
waa.a...
pengalaman menderma dara....
eh..
silap lagi...
derma darah la...

adios...

wordless today....





YA ALLAH, permudahkan lah segala urusanku...
amin...

adios.....

18 October 2011

wordless today...

assalamualaikum....

nah...
tgk picture nie dulu....
nnty ekin akan cerita dgn lebih lanjut...






adios....

16 October 2011

cerita lama tp baru nak post

assalamualaikum.....

malam nie nak bercerita tentang perkara telah berlaku lebih kurang 2 minggu yang lepas....
cam biasa, keluar meronggeng ngen dak umah hujung minggu nak realease tension....
hehehe...

mula2 kami pegi melawat sepupu kak cty kat HUSM...
pas2 pergi k.b beli barang...
pas2 kami ambik kptsn tuk g pantai irama AGAIN..!!!
hahahah...

lihatlah pic di bawah....=)




tgk la perangai kami mcm budak-budak....
sepatutnya pegi hosp duk diam2...
tp kami ambk pic pula...
heheheh...






nie time kat pantai...
mcm biase...
bergambar...


yg hujung sekali,
jejaka 'MELAYA' kjmpm....
a.k.a driver kami hari 2...
best kn...
ada driver 2....
hehehe...


adios....

15 October 2011

exam...



assalamualaikum.....

wahai blog kesayangan...
maafkan daku yg khilaf melupakan mu untuk jangka waktu yang lama....

aku sangatlah bzzz wat masa nie....
sbb aku akan menghadapi final exam....
sgt STRESS wat masa sekarang...!!!






tiap-tiap malam macam nie la...
tido ngen buku...
hehehehe....


adios...