nuffnang ads

28 March 2011

Teaser "Cinta Muka Buku" - NajwaLatif





assalamualaikum....

duk saja2 mlm nie, nmpk najwa latif post entry baru...
lagu dy nie best sgt2...=)

suke giler dgr...
sweet je...=)

23 March 2011

dengki

assalamualaikum....

bunyi cam marah je kn....
aku mmg nk marah pown nie...
da la semalam x dpt nk post pape entry langsung, sakit ati tul la....
pagi nie ujan lak tu...(nikmat)
baju kat jemuran x angkat lagi...
nnty msti kena basuh balik....

geram nyer....!!!!

bertambah geram bila de sorang dak kumpulan aku yg wat cite yg x enak didengar oleh telinga sape2 pown...
berasap telinga bila tuduh bnda yg aku x prnah wat....
aku menyampah siot perangai cam s**l (maaf, hati ngah panas)

aku tulis dlm blog sbb aku tau dy x kn baca...
aku x tau pe tujuan dy wat mulut kat semua dak kumpulan aku....
bln 6 nie dah nk kawin...
umo pown dah meningkat...
dah la pe***k...
tp knp ko mcm selenga je bila mengumpat sal aku eh..??

klu ikut kn hati aku, nk je aku lempang2 muka dy td...
selamba je ckp aku nie perangai cam tu kn...
klu ko bagus sangat, npe ko x dipilihh tuk jd penolong pengerusi MBIL...
ko x phm2 lagi bila x de sape undi ko tuk pgg jawatan tu...
aku akan balas balik pe yg ko dah wat pada aku nie...

jaga2 la perempuan...!!

16 March 2011

anTAra amALan daN Fakta saINs kESihataN...

assalamualaikum...

semalam patutnya aku post entry nie...
tapi kemalasan yg amat x membenarkan aku berbuat demikian..
semalam de sorang kawan lama aku contact, katanya nk meluahkan perasaan...
hehe...

gni cte nyer...
dy telah bergelar sebagai ibu pada 14/3/2011 iaitu pada ari isnin yg lepas...
pastu x tau nk makan masa berpantang cam mane...
mula lah tanya pasal makanan mcm telur, sayur, ayam dan sebagainya semasa pantang...
dy tnye sbb mak mertua dy tu x berapa pasti tentang amalan semasa berpantang...
almaklumlah cucu sulung katakan...
disamping tu nk selit sikit ucapan tahniah wat nur aidatul syakirin kerana telah menjadi ibu..

wink~~
(aku bila lagi..??? sambil berfikir..hehe)

sebagai seorang kawan dan bakal jururawat aku rasa bertanggungjawab berkongsi ilmu tentang pe yg aku dah wat research nie ngen korang...
hehe...


kemudian pagi tadi, mase kat dalam labour room tu aku pown cari la pemplet yg berkaitan dengan makanan yg boleh dimakan semasa dalam pantang + tnye dgn org yg lebih pengalaman + pe yg aku belajar...

tercipta lah....
senaraikan kepercayaan dan amalan yg tidak bagus untuk diikuti oleh ibu yg sedang berpantang...

amalan: tidak boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana dipercayai boleh menyebab kan badan ibu berpantang sejuk seperti kangkung, bayam, labu, sawi dan lain-lain.
fakta: sebenarnya sayur-sayuran dan buah-buahan memberi sumber vitamin dan mineral selain ia membantu mengurangkan ibu mendapat sembelit serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

amalan: minum air dalam kuantiti yg banyak akan menyebabkan perut ibu menjadi buncit.
fakta: sebenarnya amalan meminum air yg cukup adalah bagus selain membantu ibu dari mendapat sembelit dan membantu juga dalam pengeluaran susu ibu.

amalan: makanan laut boleh mengakibatkan gatal dan berbisa. sebagai contoh udang, kerang dan lain-lain.
fakta: sebenarnya jika ibu tidak alergi/alahan pada makanan laut, ia boleh dimakan untuk mendapatkan sumber protein.

amalan: makan telur boleh menyebabkan luka bernanah.
fakta: sebenarnya nanah akan terhasil jika ada jangkitan kuman pada luka seseorang. pengambilan telur adalah sumber protein yg bermanafaat dan ia baik untuk pemulihan luka dalaman.

amalan: makan makanan seperti mee atau laksa boleh menyebabkan sakit urat.
fakta: makanan seperti mee atau laksa adalah makanan yg boleh menggantikan sumber karbohidrat seperti nasi.

amalan yg TIDAK DIGALAKKAN selepas bersalin....
  • BERSALAI tidak digalakkan kerana berkemungkinan boleh menyebabkan kekeringan air dalam badan
  • ELAK BERTUNGKU dan mengurut di bahagian perut dan dibahagian faraj yg mempunyai luka jahitan
  • mengambil jamu atau ubat ubatan yg tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
tq kerana membaca...=)

p/s: nk letak pic bby,tp x dpt...='(

15 March 2011

anDAi leLAki tAU...=)

assalamualaikum....

aku harrap korang sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayang dan kesihatan yg baik...


tadi aku bukak fb aku dan terjumpa nie...
mntak izin dari tuan dy nk copy...
pastu aku paste la kat blog aku yg comel nie...


enjoy...




~Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

~Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



~Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

~Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



~Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



~Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

~Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...


sekian....
daa...

14 March 2011

video baru..

assalamualaikum...

semalam x tau nk wat pape, aku pown bukak la u tube....
pas2 terjumpa blog dak nie...
nme dy nur najwa latif....

bnyk video dy dlm youtube...
korang cari la sendiri..=) 

merapu je...

assalamualaikum....

selamat sejahtera, selamat hari raya....
eh2...silap...
terover taip lak ari nie....

bulan nie adalah bulan yg paling aku suka...
sebab nyer aku ditugaskan tuk praktikal di labour room...
atau bahasa melayu nyer bilik bersalin...
seperti biasa aku akan berebut kes2 bersalin ngen senior mahupown kawan2 ku sendiri....



ape..???
aku jahat, smpai nk berebut kes ngen kwn2 skali...
hehe..
sebenarnya aku bkn nk sgt berebut kes, tapi telah menjadi adat@tradisi dalam menjadi pelatih jm nie begitulah....

nak atau tidak, sepanjang 2 setengah thn menjadi pelatih aku kena ada 30 kes bersalin yg aku sambut sendiri...LOL
korang ingat senang ke nk cari kes..??
klu setiap saat ada ibu yg lahirkan bby x pe gak....
hehehe...



~senyum sendirian memngingati peristiwa tadi...
setiap kali ibu meneran, kadang2 kami (meliputi semua pelatih yer) yg melihat, mendengar arahan meneran dan yang memberi arahan turut sama akan meneran...
kwang3....=P

04 March 2011

geram tul...

assalamualaikum...

pe kabar kakak2 n adik2 sekalian...
arap2 chat hendaknye...=)


aku nk tnye korang yg duk baca blog aku nie la kn...
pernah tak klu ade org yg beritahu kelemahan ko depan ramai org, ko akan terus gelak..???
aku pasti jwpn korang tak kn...
aku rasa klu sebagai seorang yg waras that time msti korang akan terus diam & muka korang sedikit merah bile de orang yg tolong hebohkan kelemahan korang pada org lain...

aku terkilan sangat dengan seseorang nie...
bile ada je kelemahan aku yg si sengal nie nmpk, dengar or lihat...
si sengal akan terus cite kat member2 aku yg lain...
punya lah aku bengang x tau nk ckp pe...
diam je la...
sambil rakan2 lain duk gelak kat aku n wat muka x bersalah...

aku kesal sungguh dengan sikap si sengal...
nk ckp nnty x nk tegur aku lak...
serba salah...

~nangis sendirian...
aku tul2 sedih...='(

cam nie ke muka aku geram..??

02 March 2011

dIA



cinta x bererti memiliki...

sehari bersama

assalamualaikum...

beberape hari yg lepas aku keluar bersama ex-smta...
sek teknik dulu...
keuar bersama2 mereka dgn tanpa hala tujuan...
sangat seronok...
malah beronok- ronok...
hehehe...

setelah berpisah selama 4 tahun, kami bertemu semula..
wah...
so sweet mase tgk dyorg...
x sangka dari johor bharu, kami bertemu di kelantan..=)

rentetan gambar...
semasa kami berjumpa...


semestinya yg comel ini adalah aku...
hehehe..<_-


pka...
dak poli kb...


tear...
dak uitm..


kami hanya kawan...~tetiba
nie din...
dak uitm juga..
@
kameramen...


kacau dak fabrik wat assignment...
kiri sekali, mas...



sesi berposing...=)



 

singgah sebentar di pantai irama...


sayang n ridu mereka...
bila lagi leh jumpe korang...
~nanges

01 March 2011

entry yg tergendala edisi 24/2/2011..=P

assalamualaikum...

salam sejahtera wat pembaca yg x pernah2 berhenti membaca blog yg agak simple ini.. 
(wah, lagak mcm terkenal aje ko nie ekin...)
walaupown sudah agak lama tidak meluahkan perasaan dalam blog ini, aku tetap akan menaip sebanyak mana yg aku mahu sehingga aku puas...

bermula pada sambutan mauludur rasul peringkat kolej aku yg baru-baru ini diadakan pada 24/2/2011...

 
sambutan yg sangat tidak mengecewakan even event tu junior 1/11 yg buat...
aku sebagai senior leh bg markah 5/10 tuk adik2 nie...hehehe

mls nk taip lagi...
tapi gambar ini mendiscribe kn perasaan kami semasa majlis tu diadakan...=)

org lain dpt kertas biase...
aku kn dln golongan vvip...
dpt la kertas yg sgt wangi sampai pening bau nyer...@_@



 bersama si nadia comel (katanyer)
=P


 nie dak umah aku...
dari kiri: kak cty, azie, ain, ame n aku...


 ini bukan kumpulan nasyid yer...
nie la baju koprat kumpulan aku...
cntik kn...


 
nie baru kumpulan nasyid...
dak junior aku gak...
kumpulan 2/10


barang yg berada atas riba aku...
masa nie sesi ceramah...=)

sesudah majlis...muka kepenatan mereka...hehehe

meh baca nie, bagus tuk org yg sedang bercinta, sudah putus cinta, mahupown sedang mencari cinta baru...ehemmmm

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

 
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.