nuffnang ads

31 December 2010

ari nie 31hb dobelas 2010

assalamualaikum...
eh, korang jangan x tau yang aku nie seorang islam dan wanita soleh solehah tau. ahakz. (eh,terlebih sudah)


ari nie adalah penutup bagi tahun 2010...
msti ramai orang tengah duk list pe yg mereka nak capai pada tahun baru yg akan datang nie, tahun 2111. eh silap taip lak,2011 la...

sebenarnya azam tahun lepas pown aku x sempat nak capai lagi, 
dah nk mula tahun baru lak kan. huhu...

tahun lepas, azam aku nk capai berat badan ideal. hehe.
tercapai aw, cuma lepas aku clash, (eh,ko nie pernah bercinta ke ekin, haha jgn x tau yer..=P) berat badan aku naik balik. pttnyer berat lagi kurang kn,aku lain lak jadinyer. korang jgn x tau yg aku pown punyai hati dan perasaan jugak tau, cme x nk heboh je...
dah x de jodoh, kami clash. forget about that...
cite lama, lagipown skung kami ttp berkawan 
sbb x de pape yang nk digaduhkan lagi..=)



skung berat badan aku dah x ideal lagi, so kena berusaha keras sbb skung da gemuk, pipi da montel, cutting da straight x de (aku de cutting ke sblm nie..?? ahakz)

k la, dah2...
thn depan aku cuba lagi kuruskan badan aku yg mmg dah comel montel nie.
thun depan gak tahun aku perlu berusaha sekeras yg mungkin tuk 
jadi bakal JM yg berilmu...INSYA ALLAH..

bes duk cite pasal azam aku, pe azam tahun baru korang..heh..??

30 December 2010

ikan berenang dalam coklat..!!!

salam....

hai kawan2,cam gempak je kan tajuk entry aku kali nie. pernah ke korang jmpe ikan berenang dalam coklat.?? msti korang x pernah tgk kan. hehe.

sebenarnya aku nk kongsi ngen korang semua pasal idea aku pada malam 6hb dobelas yg lepas, aku rasa sangat lapo time 2,pas2 nmpak ada coklat dan biskut ikan,jadi aku pown dgn hati yg senang mencairkan coklat ats dapur then aku ambik biskut yg sememangnya ada kat dapur hostel umah aku nie.

 coklat yg x mcm coklat. hehe.
 ikan duk dalam plastik.?? hehe. nie biskut ikan aku pnggil..=)

tarra....


nie la biskut ikan yg duk dalam coklat. ngeh3..=P

tanda-tanda jatuh cinta...

tanda-tanda jatuh cinta nie aku copy dari sorang kawan,pas2 aku edit ckit. sbb nk ltk dlm blog aku nie. hehe.


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

kena praktikal kat wad psy..

salam...

korang ibaratkan la entry nie ditulis pada 4 hb dobelas yer. hehe. jgn la marah, aku x dpt update dah sebulan blog nie. da berhabuk pown,korang x yah bgitau sbb aku mmg dah tau. hehe. bkn x de masa langsung tau, tp line intenet mmg lembab cap ayam tau kat hostel yg aku duduk 2. sedih tau. waaa...T_T

ok,enrty nie bermula la.



sebagai seorang jururawat masyarakat pelatih,aku kena la ikot pe yg telah kolej suh wat kan, skung terpaksa menjalani praktikal kat wad mental dari 4-9hb dobelas 2010. huhu.



korang bayangkan la,duk wad org yg de masalah mental sangat-sangatlah tension. time dyorang mengarut bole la layan kn tapi bile dah mula dyorg naik syekh mau pengsan kami melayan dyorg. huhu...


disebalik tirai besi. waaaa. kami pown dikurung oleh staf-staf kat situ sbb x nk bagi pesakit-pesakit kat situ dari melarikan diri,2 la sebenarnya tujuan staf mengunci pintu2 yg ada kat wad psy 2. klu dyorang larikan diri then masuk dalam umah korang wat g**a,sape yg susah..?? hehe. korang fikir-fikirkan la..


time kami menyediakan makanan buat penghuni-penghuni kat wad psy. baik dan cun kan kami semua. hehe.


suasana wak2 malam kat wad mental nie...


kami sedang meronggeng. hehe.


ini la kami bila tiba wak2 lapang. mulut semua nk muncung cam mulut itik kan. =P



sekian,inilah entry paling best kot yg prnah aku tulis. aku x kisah kalu korang nk cakap x best ke bosan ke ape ke, sbb blog nie aku yg punya n suke ati aku la nk tulis pape pown yg berkenan kat hati n fikiran aku nie. (eh, tetiba emo lak kn) jangan la marah yer,hehe. chill..=)

da rndu kat blog..

salam....

da lme x update blog tercinta nie. pe khabar la kekawan semua. ekin bkn x nk update blog,tp bila duk kat hostel ekin kat pasir mas 2,line internet jadi sangat lambat. jadi, penyelesainya bila duk kat umah la. huhu...

ekin update satu persatu ea...=)

07 December 2010

sedih lorh..

salam...

maaf, sy tiada mood nk post sbb line internet kat cni sangat meruntun hati saya. nnty da blik umah sy upload pic2 kat cheng ho ari 2. sy rase nk ngis. waaa....upload pic pnyr la lmbt. setengah jam duk dpn lptop smpai naik pening anak mata, tapi pic satu pown x dpt upload. benci la...='(

k la kwn2, sy da x snggup on9 lagi...
salam...