nuffnang ads

31 December 2010

ari nie 31hb dobelas 2010

assalamualaikum...
eh, korang jangan x tau yang aku nie seorang islam dan wanita soleh solehah tau. ahakz. (eh,terlebih sudah)


ari nie adalah penutup bagi tahun 2010...
msti ramai orang tengah duk list pe yg mereka nak capai pada tahun baru yg akan datang nie, tahun 2111. eh silap taip lak,2011 la...

sebenarnya azam tahun lepas pown aku x sempat nak capai lagi, 
dah nk mula tahun baru lak kan. huhu...

tahun lepas, azam aku nk capai berat badan ideal. hehe.
tercapai aw, cuma lepas aku clash, (eh,ko nie pernah bercinta ke ekin, haha jgn x tau yer..=P) berat badan aku naik balik. pttnyer berat lagi kurang kn,aku lain lak jadinyer. korang jgn x tau yg aku pown punyai hati dan perasaan jugak tau, cme x nk heboh je...
dah x de jodoh, kami clash. forget about that...
cite lama, lagipown skung kami ttp berkawan 
sbb x de pape yang nk digaduhkan lagi..=)



skung berat badan aku dah x ideal lagi, so kena berusaha keras sbb skung da gemuk, pipi da montel, cutting da straight x de (aku de cutting ke sblm nie..?? ahakz)

k la, dah2...
thn depan aku cuba lagi kuruskan badan aku yg mmg dah comel montel nie.
thun depan gak tahun aku perlu berusaha sekeras yg mungkin tuk 
jadi bakal JM yg berilmu...INSYA ALLAH..

bes duk cite pasal azam aku, pe azam tahun baru korang..heh..??

30 December 2010

ikan berenang dalam coklat..!!!

salam....

hai kawan2,cam gempak je kan tajuk entry aku kali nie. pernah ke korang jmpe ikan berenang dalam coklat.?? msti korang x pernah tgk kan. hehe.

sebenarnya aku nk kongsi ngen korang semua pasal idea aku pada malam 6hb dobelas yg lepas, aku rasa sangat lapo time 2,pas2 nmpak ada coklat dan biskut ikan,jadi aku pown dgn hati yg senang mencairkan coklat ats dapur then aku ambik biskut yg sememangnya ada kat dapur hostel umah aku nie.

 coklat yg x mcm coklat. hehe.
 ikan duk dalam plastik.?? hehe. nie biskut ikan aku pnggil..=)

tarra....


nie la biskut ikan yg duk dalam coklat. ngeh3..=P

tanda-tanda jatuh cinta...

tanda-tanda jatuh cinta nie aku copy dari sorang kawan,pas2 aku edit ckit. sbb nk ltk dlm blog aku nie. hehe.


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

kena praktikal kat wad psy..

salam...

korang ibaratkan la entry nie ditulis pada 4 hb dobelas yer. hehe. jgn la marah, aku x dpt update dah sebulan blog nie. da berhabuk pown,korang x yah bgitau sbb aku mmg dah tau. hehe. bkn x de masa langsung tau, tp line intenet mmg lembab cap ayam tau kat hostel yg aku duduk 2. sedih tau. waaa...T_T

ok,enrty nie bermula la.



sebagai seorang jururawat masyarakat pelatih,aku kena la ikot pe yg telah kolej suh wat kan, skung terpaksa menjalani praktikal kat wad mental dari 4-9hb dobelas 2010. huhu.



korang bayangkan la,duk wad org yg de masalah mental sangat-sangatlah tension. time dyorang mengarut bole la layan kn tapi bile dah mula dyorg naik syekh mau pengsan kami melayan dyorg. huhu...


disebalik tirai besi. waaaa. kami pown dikurung oleh staf-staf kat situ sbb x nk bagi pesakit-pesakit kat situ dari melarikan diri,2 la sebenarnya tujuan staf mengunci pintu2 yg ada kat wad psy 2. klu dyorang larikan diri then masuk dalam umah korang wat g**a,sape yg susah..?? hehe. korang fikir-fikirkan la..


time kami menyediakan makanan buat penghuni-penghuni kat wad psy. baik dan cun kan kami semua. hehe.


suasana wak2 malam kat wad mental nie...


kami sedang meronggeng. hehe.


ini la kami bila tiba wak2 lapang. mulut semua nk muncung cam mulut itik kan. =P



sekian,inilah entry paling best kot yg prnah aku tulis. aku x kisah kalu korang nk cakap x best ke bosan ke ape ke, sbb blog nie aku yg punya n suke ati aku la nk tulis pape pown yg berkenan kat hati n fikiran aku nie. (eh, tetiba emo lak kn) jangan la marah yer,hehe. chill..=)

da rndu kat blog..

salam....

da lme x update blog tercinta nie. pe khabar la kekawan semua. ekin bkn x nk update blog,tp bila duk kat hostel ekin kat pasir mas 2,line internet jadi sangat lambat. jadi, penyelesainya bila duk kat umah la. huhu...

ekin update satu persatu ea...=)

07 December 2010

sedih lorh..

salam...

maaf, sy tiada mood nk post sbb line internet kat cni sangat meruntun hati saya. nnty da blik umah sy upload pic2 kat cheng ho ari 2. sy rase nk ngis. waaa....upload pic pnyr la lmbt. setengah jam duk dpn lptop smpai naik pening anak mata, tapi pic satu pown x dpt upload. benci la...='(

k la kwn2, sy da x snggup on9 lagi...
salam...

26 November 2010

expo cheng ho (bab 1)

salam semua....

hehe...skung siap de bab eh, cam famous je ko nie ekin...dush2...-_-'

pada pagi tadi, kami berempat, ain, ekin, kak cty, n saba iaitu dak2 umah ekin ke expo cheng ho yang dah lama bersidang kat tepi stadium kelantan 2 (nme stadium 2 ekin lpe ar..hehe...jgn mare yer) tepi hospital kota bharu tmpat ekin praktikal tu la...



expo yang telah berlangsung dari 21-26 hb 11 2010...yang julung kali diadakan di negeri che siti wan kembang nie...

dah lame berlangsung,asal ko baru nak g hari-hari terakhir nie..??
msti ada yang tertanya-tanya...(perasaan lebih nie..huhu)

ekin x dapat pergi dari hari pertama expo nie berlangsung sebab yang pertama nyer ialah ekin kerja shif petang,dari hari sabtu hingga hari khamis...jadi peluang untuk pergi adalah amat tipis sekali...bila ekin kerja petang waktu bekerja adalah dari 2 ptg hingga 9 malam...so time bile ekin nak kuor g expo 2..??

korang pikir la sendiri...

de yg tnya,dah dekat ngen ko nyer tmpat praktikal,asal x nyelit masuk sekejap..??

reason keduanyer iaitu jwpn bagi kemushkilan diatas ialah ekin dalam uniform time tu,jadi adalah haram untuk pelatih berpakaian uniform keluar dari kawasan hospital kecuali pegi beli makanan atau menutupi pakian uniform...ala2 pakai swether kat luar bju uniform tu la...ada fhm skung..??hehe..

k la...
ekin akan sambung bercerita sekali ngen pic-pic yang agak menarik esok (jika ada kelapangan la tuk blogging..)

saya perlu pergi keje esok,shif pagi lak 2,adoyai bgun sblm subuh la jwbnyer...=(
selamat malam tuk semua..

adios..

23 November 2010

selalu yg terjadi…. CINTA

salam....

ekin nak share ngen korang....
nie ekin dapat waktu ngah cari bahan tuk wat assignment agama...
mase sem 2 kat poli jb...=)

tajuk mase 2 = SKOP KETAATAN ISTERI TERHADAP SUAMI...

selalu yg terjadi…. CINTA :

(sebelum kahwin)
C =cubit kiri, kanan rasa.
I =impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T =taat setia membawa bahagia.
A =awal dan akhir bersama-sama




(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.



SUBAHANALLAH...
smoga dijauhi semua ini...

renung renungkan lah...

22 November 2010

giler kejap

salam....

selamat malam...eh,silap2...selamat pagi semua...hehe...
mase ekin post nie jam kat dlm lptop nie dah menunjukkan kul 12.22am...



haa...skung msti korang percaya kan...hehe...

ekin ngah pening skung nie..
jadi post pown agak biol ckit...

camat malam semua...
love you...=)

19 November 2010

kegembiraan kami

salam...

post nie, sambungan daripada post sebelum nie yang bercerita pasal hutan lipur cemerung...

pic-pic dibawah adalah rentetan kegembiraan kami ke hutan lipur cemerung...
bersama sepupu2 yang sporting, pakcik yang gila-gila...mmg best...hari keluarga tahun nie yang best and hapenning...=)


siram menyiram membawa bahagia....=P



sesi menangkap ikan...haha..



aksi kami di hutan....



pakcik yang buncit...



si kecik yang comel....=)


pic yang tidak diedit langsung....
malas nk edit la...=)

k la...
mau pulang ke kelantan...
salam ke'happy'an' tuk semua...

sekadar renungan...



Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa..

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

hutan lipur cemerung

salam..

dah lame ekin tidak meng'update' blog nie...hehe...
bln x rindu,tp kekangan masa yg menghalang ekin tuk update blog nie...
padi tadi ekin bertolak dari umah kul 7.30 pagi ke hutan lipur cemerong yg terletak di dungun,terengganu...







balik ke terengganu pada jam 6 petang....
fuhh...balik dari cemerung, terus tertidur...
sbb penat sgt2 main air..hehe...
ekin pergi bersama-sama dengan sepupu2 sebelah mak yg memang menetap kat dungun...
memang best sangat mandi manda bersama mereka...
pic2 kami bersama akan menyusul...
hehe...=)

selamat malam semua...ZZzzzz

29 October 2010

lagi beberapa jam

salam...

lagi beberapa jam masuk la time yang paling tak brape ekin nak suka...huhu...tapi tetap kena tempuhi...

nak tau ape...??
30/10/2010...my bufday...wink...

ekin akan menjngkau usia 20 tahun genap...waaa....dah tak boleh nak berlagak umo 19 tahun lagi...ish3...

p/s: sok start praktikal kat hospital, yang best dapat mandi bayi n cari baby yang bru lahir dan sama tarikh lahirnya dengan ekin...yang tak best, bila kena masuk shif pagi...bangun awal...waaa...

semoga ekin dapat tahan dugaan yang sentiasa mendatang...sabar menempuhi kehidupan yang semakin mencabar...

selamat malam semua...
nak tdo~~

keluar berjalan-jalan


sebelum...

salam....

masa nak post cite bru nie, ekin memang dalam keadaan separuh sedar...

sebabnya ekin terlalu penat seharian keluar berjalan-jalan dgn dak-dak umah, dari seawal pukul 9 pagi kami keluar dari perkarangan hostel hingga pukul 7 petang barulah kami pulang ke asrama..

kami hanya keluar berjalan2 di sekitar kota bharu sahaja..huhu..yang best bila ari cuti dan time 2 jugak duit elaun da masuk, kami akan shopping sampai tak ingat jalan balik..huhu..punyalah semangat nk shopping..

alaa..kami shopping pown bkn benda-benda mengarut melainkan barang-barang keperluan harian masing2..

walaupown penat, tp ekin amat gembira keluar dengan mereka..thanks my sister, i love you all..ngeh3...



semasa...


selepas...

p/s: pic yg sempat kami rakam untuk kenangan..=)

26 October 2010

laWAtan sAM bil BElajaR

salam....

just nk post yg pagi tadi ekin g lawatan sambil belajar ke puspen yg terletak di bachok, kelantan. hehe...

=)
salam...

25 October 2010

teringat pulak zaman sekolah dulu



teringat pulak zaman kecik-kecik dulu...
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.



- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

ni la baru zaman kita kawan2..
hehe...



sekian tuk saat nie...
salam kecerian buat semua...

21 October 2010

beza antara perempuan cantik dan perempuan yg x brape nk cantik...



korg baca n fikir la sndiri, betul ke x...

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam...
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm s**l!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni



Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...


Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

haha...

sakit kepala



salam....

ummmmmm.....ntah kenape la sejak akhir2 nie ekin kerap diserang migrain. bnyk sgt ke masalah negara yg ekin kena pikirkn eak..??

klu dulu, sakit kepala je terus cari dan telan penadol @ dlm bahasa medical nyer paracetamol @ PCM. skung tidak lagi (lepas ambik kursus nursing nie), sebab ekin tahu kebaikan dan keburukan PCM yg sebenarnya..hehe...

_____________________________________________________________________________________

ummmm...berckp pasal PCM, ekin de story yang nk kongsi ngen semua...

mase ekin praktikal kat sebuah hospital kerajaan(mklmt tak dpt didedahkan) bln 10 thn lps klu tak silap, agak ramai pesakit yg ekin jumpa dgn diagnosa "over dose paracetamol 20-30 biji". bila baca diagnosa pesakit 2, teringat pulak pd sorg lecture ekin, PN.F prnah bgitau kiteorang (dlm nada bergurau) "klu nk sangat mati la kn, telan racun tikus bru real, klu stakat over dose PCM 20-50 biji tak jalan nyer"...hehe...lect paling sporting dlm kelas prnah ckp mcm 2 pada kiteorang. dy beri nasihat setiap kali masuk mengajar kami~~ huhu...

pe nak jadi la dgn kehidupan anak2 remaja sekarang kat luar sana. tak sayang langsung dengan nikmat TUHAN spy dpt bernafas kat muka bumi TUHAN nie.dah TUHAN bg ada nyawa,nk mati lak...huhu...fikir-fikirkan la...

salam keharmonian untuk semua...
adios~~


17 October 2010

tragedi jeram linang

salam....

kelmarin, 16/10/2010 telah mencipta satu kenangan tuk ekin...

ekin bersama dak2 bilik pergi ke jeram linang, machang. tujuan utama nak tenangkan fikiran yang tengah serabut nie. tapi yg terjadi lain pulak.

sampai2 je, terus naik atas sbb kat bawah 2 air dalam. takut gak ar sbb x reti sgt berenang. hehe... mandi kat bahagian atas mmg best sbb x ramai org n sedikit ketenangan berbanding kat bawah yg ramai org n x de privasi langsung. huhu..

mula mandi air terjun jeram linang mmg sangat menyeronokkn bg dak yg slalu jmpe pantai je mcm ekin nie. ngeh3... tp time da siap mandi,n time dah nak blik 2, tetiba tersilap langkah lak, terpijak batu licin pas2, gGEDEBUK..!! jatuh ats batu dgn landing yg agak comel...hehe..nk gelak n nangis bersatu time 2...

sakit sbb terhempap batu n malu dowh....waaa...
mujur la tempat kiteorang mandi 2, x de ramai org. yg ternmpk aku jatuh pown, cuma kwn2 ekin jer...

so x de la malu sangat kan...hehe...(cover malu)

ari nie mula la sakit badan...post blog nie pown taip sebiji2. sbb yg terhentak nyer sebelah kanan. seksa tul mase dalam kelas tadi, x dapat nk salin note. huhu...
arap2 sok da baik n x rase sengal2 lagi...

daa semua...=)

13 October 2010

npe la malas sgt

salam....

rase cam nak demam la pulak ari nie...
dah la sok de exam kelas....
npe la time2 cam nie rasa malas tu membuak2...
haha...

dah bermacam- mcm cara ekin wat supaya lebih bersemangat nak jwb exam esok...
tp x berjaya...

pe nk wat nie...???!!!


TENSION..!!!!

11 October 2010

perfect two...

You can be peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero
I can be your side kick
You can be the tear
That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

{*}

Don't know if I could ever be
Without you boy 'cause you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

{**}

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse2

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper

You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

reply {*}

reply {**}

Bridge

You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Bsec1/2

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

reply {*}

09 October 2010

Mencintai tidak bermakna memiliki..



Janganlah kau angkuh melaungkan.. .

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan.. .

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan.. .

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya. ..

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung. ..

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya. .

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..

"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

08 October 2010

wanita



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

1. Isterinya,
2. ibunya,
3. anak perempuannya
4. dan saudara perempuannya.

...Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:

1. Sembahyang 5 waktu,
2. puasa di bulan Ramadhan,
3. taat suaminya
4. dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH, sayangnya ALLAH pada wanita.
WALLAHUA’LAM

Fakta menarik tentang darah…



1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira2 secawan darah saja dalam tubuh kita.

2. Darah membentuk 7% drpd berat badan manusia.

3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang, dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yg masuk ke dalam tubuh, terutama bacteria. Nanah sebenarnya berasal drpd sel neutrofil (yg membentuk 65% - 75% drpd darah putih) yg mati slps membunuh kuman.

4. Satu pain darah yg anda dermakan cukup utk menyelamatkan 3 nyawa.

5. Susu lembu dicampur darah adalah satu makanan kesukaan masyarakat MASAI di Afrika.

6. Terdapat juga manusia mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seseorang manusia lain.

7. Orang MARCHE (peru), Scythia (Greek), dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yg mereka bunuh dlm perperangan sebagai lambing keberanian & kegagahan.

8. Dianggarkan trdpt 4.7 – 6.6 liter darah dlm tubuh seorang lelaki manakala perempuan 3.8 – 5.7 liter.

9. Pada 1578 – 1657 dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sbg manusia pertama yg mengetahui tentang peredaran darah did lm tubuh manusia. Namun sebenarnya ketika ketika itu ramai saintis Eropah yg telah mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali Bin Abi Al- Hazamal – Quraisy telah menulis perkara tersebut 300 tahun lebih awal drpd Hervey.

10. “kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-tulang itu kami bungkus dgn daging. Kemudian kam jadikan dia makhluk yg (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah ALLAH pencipta yg paling Baik” Surah al-Mukminum:14.

04 October 2010

kau pergi



kAU pERGI…

kAU kATA aKULAH sEGALanYA
yANG iNGInaN mEKAR dIHATIKU
kAU bERJAnjI aKUlaH sATU – sATUnyA
yANG aBADI hINGGA kE aKHIRNYA

kAU gENGGAM eRAT tANGANKU
kAU sAMBUT cINTA sUCIKU
kAU hIAS iNDAH hIDUPKU
kAU bERIKU bAHAGIA…

kAU pERGI dARIKU sENDIRI tANPAMU
mANA jANJI-jAnjiMU uNTUK sETIA dENganKU
hATIKU tERLUKA dIBUAI rINDU pADA mU
mANAKAH sETIA yANG kAU uCAP dULU..
mAAfkAN kU…
jIKA sALAHKU

hULUR tANGAN mU sAMBUT cINTAKU
aKU tAK sANGGUP sENDIRI
kEMBALI kASIH dALAM hIDupkU
cINTA kU tULUS sEJATI…

kAU pERGI dARikU sENdiRI tNPamU
mANA jANJI-jANjiMU uNTUK bERDua dENganKU
hATIKU tERluKA dIBUAI rINDU pADA mU
mANAKAH sETIA yANG kAU uCAP dULU…
cINTAMU bUKAN uNTukKU…

lagu nie dipopularkan oleh penyanyi malaysia, alif OIM atau sekarang mne glamor beliau alif satar. lagu ini ekin pernah tujukan khas buat insan yang dulu nya pernah bertahta dalam hati ekin. Hayati sendiri maksud yg tersurat dalam lagu ni.

Adios…
Salam 1 Malaysia…

30 September 2010

the best thing happen today..



Salam….

Ummm…ekin nk cite pe yg telah berlaku pada pagi tadi…

Pagi tadi, semua dak kump ekin x senang duduk sbb x tahu lagi keputusan exam 14 bulan, sedangkan kolej lain semua dah tau. Nk belajar pown dam cm ilang semangat. Dada nie rasa mcm nk pecah je memikirkan kptsn yg akan diumumkan pada assembly akan datang. Puan yg mengajar kami pada hari nie, puan Z, puas kami merayu pada puan Z supaya mengumumkan kptsn tapi kata puan Z, “kalau kamu semua yakin lulus, lulus la kot..?!”

Mendengar puan Z berkata demikian,aku menjadi sedikit rungsing. Pada mulanya aku yakin, tapi sedikit demi sedikit perasaan yakin menggoyahkan jiwa ku ini. Ape la nasib aku kalau kena mngulang exam 14 bulan..??

“awak semua nk tahu ke keputusan exam..??” tnya Puan Z pada kami semua, dengan semangat yg tinggi dan perasaan yang bercampur kami menjawab,”nak.!!” “tahniah untuk kump kamu kerana 100% lulus dalam exam 14 bulan..!!” selepas mendengar ayat yg kami tunggu2 sejak 2 minggu yg lalu, kami menjerit kegembiraan dgn berita itu. YA ALLAH, MAHA AGUNG, terima kasih diatas berita gembira yg kami dengar ini. Aku mgucap syukur diatas berita yg paling gempak tuk semester nie, ramai diantara kami yg x dapat menahan air mata kegembiraan. Sambil ngucapkan tahniah kepada semua, aku tersenyum gembira dan puas dgn apa yg telah aku lakukan selama ini, ternyata semua nya berbaloi.

perkara yang membuatkan kami semua teruja kerana kolej jrurwt masy p.mas adalah kolej top2 selepas kolej j.m segamat. yay, best nyer...

Perkara pertama aku lakukan selepas mengetahui keputusan, aku terus menghubungi insan yang paling ku cintai dan pendorong semangat utamaku iaitu, PN ZAIMAH. wanita yg sanggup mengandung dan melahirkan aku ke dunia yg penuh dgn pancaroba ini… TERIMA KASIH yg x terhingga aku ucapkan buat insan yg tersayang, keluarga ku… ayah, abg, adik, kakak2 ku, dan si manja, wafiy dan jefry. terima kasih atas kasih sayang kalian.

k ah, mau rehat secukup nya.
salam keindahan....

29 September 2010

jamuan raya dan......

salam....

ummm...2 perkara dalam 1 ari yang sangat mendebarkan, hangat, dan memenatkan...x tau mcm mne nk cte, tapi nk cte gak..hehe..=p

cam nie, ari nie sepatutnya terdapat 2 acara penting yg perlu dilakukan dan dilalui oleh pelatih2 (student jm)

1. jamuan raya 2010
2. pengumuman keputusan exam 14 bln..!!!
(tuk group 2/09 saje)

ok...nk cte pasal jamuan raya dulu...ungkapan yg sesuai kat cni ialah, PENAT GILER..!!! pagi tadi, kolej ade buat jamuan raya tuk semua warga kolej jururawat masyarakat kat tmpt ekin study nie...dari permulaan acara sampai la acara tamat, semua di'handle' oleh pelatih2...=)

ALHAMDULILLAH....acara jamuan raya 2010 dpt dilaksanakan dgn penuh ceria dan sukses...yay...

ok,skung ekin nk cite pasal yg no 2 tu pulak...ekin telah menduduki exam 14 bln pada bln puasa yang lalu...ummm, x ingt lak tarikh bersejarah 2..huhu...ari nie adalah tarikh yang ditunggu oleh semua dak group 2/09 tuk mengetahui keputusan exam...tapi yg x best nyer, hari tau keputusan dan hari jamuan jatuh pada ari yg sama...=( tunggu nyer tunggu, pemangku pengarah kolej (pngarah kolej bru bersara) ckp kat ekin (selaku bekas ketua kuliah) "awak bgitau semua pelatih group awk, sy akan umumkan kputusan exam pada ari assembly nnty" waaa...perasaan waktu 2 bercampur, nk marah pown ada, nk ngis pown ada...da la mlm tdi x lena nk tdo duk fkr sal kptsn exam...tup2 puan Z ckp cam 2, adoyai...pe la nasib...so, jwb nyer tnggu je la...=P

mase ekin post nie, bru jew balik dari jamuan raya 2...semua dak2 umah tgh tidur kepenatan...huhu...cian nyer dyorg...msti korg tertanya2 kenapa ekin x tdo gak kn..?? hehe...ekin sbnrnya x ngantuk, sbb ekin jarang tdo petang...kecuali terlalu penat...skung nie x de la penat sangat, tangan nie leh gerak2 lagi...so x penat n x perlu la tdo kn...hehe...=)


kasut sape paling comel..??



k lah...ekin nk bersiap tuk kokurikulum lak...
salam kebahagiaan tuk semua...=)

17 September 2010

7 Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia:

1. Jenis limau
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli.
Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.

2. Buah-buahan tropika
Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.
Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.

3. Jenis Buah Ladang
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu. Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.

4. Jenis tembikai
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.

5. Buah-buahan jenis beri.
Contohnya seperti, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato.
Kamu gemarkan ‘party’ dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.

6. Jenis Kekacang
Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain.
Kamu ni ‘moody’ lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu. Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

7. Buah-buahan jenis labu
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan Pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan-santun dan memiliki hati yang lembut.

06 September 2010

transformasi...





salam....

ari nie ekin nak cite sal dak2 dalam bilik ekin...kami duk sebilik 3 orang...seumah 6 orang...sorang nme nyer azie, sorang lagi ain...perangai dyorang tetap cam budak- budak walaupown umur masing-masing dah 21 tahun...

p/s: ekin sorang je yang paling muda dalam umah nie, 20 tahun....hehe...

yang ekin pelik tentang perangai dyorang nie sbb dyorang suka sangat menyakat antara satu sama lain...tapi time touching, dua-dua leh cooprate...cayalah sis....kongsi duka dan suka sama2...hehe...tapi mmg best bila berlaku satu perkara...sorang nangis, yg sorang lagi akan automatik menangis gak...kire,sambil pujuk,sambil nangis la...huhu...pelik tapi benar...

ekin nk cite ckit sal perangai akak2 nie...

azie nie comel...dah ada pakwe @ bakal suami...muka dy n pakwe @ bakal suami dy nak hampir same (kata org tua2 jodoh kite la 2)...huhu...perangai kadang kadang leh jadi umur 17 tahun...kadang2 leh jadi cam counselor...klu da mula bercakap, susah sangat nk berhenti, cam bertih jagung pown ada...hehe...

sorang lagi ain....cute org nyer...yang nie pown dah ada pakwe...dy nie lagi suka touching dari azie, memang tidak boleh dinafikan lagi yang dak2 bilik aku nie berhati lembut @ suka touching...huhu..(aku..???ntah ler...lembut ke, kdg2 kot...hehe)...perangai dy kadang2 cam dak kecik, manja...tapi kadang2 leh jadi cikgu...letih aku nk menepis klu dy da mula muka mulut bagi nasihat...huhu...

yang ekin paling gembira bila duduk dalam bilik yang tak seberapa nie adalah penghuni-penghuni nya yang ramah, suka ambik berat, friendly, n yang paling best suka bercerita...huhu..klu takde salah sorang dari mereka, sunyi lah bilik nie...tak tahu nak wat pe klu mereka berdua tak de...

love you my sister....
ain and azie...